Untuk Sales Advisor Proton & Perodua

Jangan hilang lead. Closing lebih banyak.

CLOSA ialah toolkit jualan semua-dalam-satu untuk Sales Advisor, dari pertanyaan pertama hingga serah kunci: pipeline pelanggan, poster sebut harga, dokumen, Order Tracker dan Showroom digital anda sendiri.

Sertai senarai Founding SA Lihat cara ia berfungsi →

Akses awal sebelum pelancaran umum · Lembah Klang dahulu

Contoh skrin butiran lead CLOSA — pipeline Aiman Hakim di peringkat Booking Collected
Contoh skrin senarai lead CLOSA pada telefon

Kini untuk SA ProtonPerodua di Kuala Lumpur & Selangor

Satu perjalanan, satu toolkit

Dari Showroom hingga ulasan pembeli. Setiap peringkat ada alatnya.

Setiap kad ialah satu peringkat dalam deal anda, dengan alat yang membantu anda di situ.

Deal dibatalkan? Ia tidak hilang. Hidupkan semula bila pembeli kembali.

  1. Showroom

    Mula dengan Showroom digital anda.

    Satu pautan dan satu kod QR. Pembeli lihat kereta, harga dan brosur, kemudian WhatsApp anda terus.

    • Pautan peribadi dan kod QR
    • Kereta, harga dan brosur untuk dilihat pembeli
    • Butang WhatsApp dan panggilan terus
  2. Pertanyaan

    Setiap pertanyaan masuk terus ke senarai anda.

    Setiap pertanyaan dari Showroom digital atau kod QR anda masuk terus ke senarai lead, lengkap dengan model yang ditanya.

    • Tahu model yang pembeli tanya
    • Pelanggan lama dikenali bila kembali
    • Deal senyap boleh dihidupkan semula
    Contoh skrin senarai lead CLOSA pada telefon
    Contoh suapan aktiviti lead — pergerakan peringkat, pengesahan uji pandu dan muat naik dokumen
  3. Tindakan susulan

    Poster sebut harga dengan nama anda.

    Hantar poster sebut harga, brosur dan perbandingan dua model. Semuanya membawa nama, gambar dan nombor WhatsApp anda.

    • Ansuran 9, 7 dan 5 tahun dikira terus
    • Perbandingan dua model
    • Dihantar dari nombor WhatsApp anda sendiri
  4. Showroom / Uji cubaan

    Tetapkan uji pandu, kalendar terisi sendiri.

    Pembeli terima butiran dan lokasi melalui WhatsApp, dan temu janji masuk ke kalendar anda.

    • Butiran uji pandu dihantar melalui WhatsApp
    • Temu janji masuk ke kalendar anda
    • Peringatan sebelum temu janji terlepas

    Hari ini

    • Uji pandu Nurul Aina
    • Susulan Farid Zulkifli
    • Tandatangan loan Wan Ahmad

    Butiran uji pandu dihantar kepada pembeli

  5. Tempahan diterima

    Rekod tempahan, beri pembeli Order Tracker.

    Rekod yuran tempahan. Pembeli dapat pautan Order Tracker peribadi untuk ikut status pesanan mereka.

    • Yuran tempahan direkod
    • Pautan Order Tracker peribadi untuk pembeli
    • Pembeli tidak perlu akaun
    Contoh butiran lead — perjalanan pembeli di peringkat Booking Collected
  6. Pemprosesan pinjaman

    Dokumen lengkap, pakej kemas untuk banker.

    Pembeli muat naik dokumen melalui pautan selamat. Hantar satu pakej kemas kepada beberapa banker serentak.

    • Senarai semak dokumen untuk setiap deal
    • Semak dan terima fail yang pembeli muat naik
    • Dokumen dipadam 180 hari selepas deal selesai atau dibatalkan
    Contoh senarai semak dokumen — kad pengenalan, lesen, slip gaji dan penyata bank
    Contoh semakan dokumen di Vault — fail IC menunggu semakan SA
  7. Diluluskan / JPJ

    Pembeli tahu setiap langkah pendaftaran.

    Rekod kelulusan, nombor casis dan insurans. Tracker memaklumkan pembeli bahawa pendaftaran sedang berjalan.

    • Kelulusan, nombor casis dan insurans direkod
    • Pembeli ikut status melalui Tracker
    • Tiada panggilan ‘dah sampai mana?’

    Pesanan anda

    Perodua Myvi 1.5L AV

    1. Tempahan diterima
    2. Dokumen lengkap
    3. Pinjaman sedang diproses Sekarang
    4. Pinjaman diluluskan
    5. Pendaftaran kenderaan
    6. Sedia untuk penghantaran
  8. Penghantaran

    Serah kunci dengan tersusun.

    Serah kunci, dan peringatan servis 3 bulan ditetapkan secara automatik.

    • Rekod penghantaran
    • Peringatan servis 3 bulan automatik
    • Pelanggan masuk ke buku kenalan anda

    Penghantaran · Perodua Myvi 1.5L AV

    • Kunci diserahkan
    • Ulasan pembeli diminta
    • Peringatan servis 3 bulan ditetapkan
  9. Ulasan

    Ubah pembeli gembira menjadi ulasan.

    Selepas serah kunci, kumpul ulasan pembeli dan tunjukkannya kepada pembeli seterusnya.

    • Minta ulasan pada saat pembeli paling gembira
    • Ulasan menyokong nama anda
    • Bina kepercayaan sebelum pembeli seterusnya WhatsApp
    ★★★★★
    Contoh sahaja
    [Ulasan sebenar daripada pembeli anda akan dipaparkan di sini.]
    Pembeli · Perodua Myvi 1.5L AV

Perbandingan

Lebih daripada aplikasi poster.

Poster membantu anda mula berbual. CLOSA membantu anda menutup deal.

Ciri Aplikasi poster CLOSA
Poster sebut harga dengan nama anda Ya Ya
Pertanyaan masuk terus ke pipeline Tidak Ya
Kalendar dan peringatan susulan Tidak Ya
Kumpul dokumen pembeli dengan selamat Tidak Ya
Order Tracker untuk pembeli Tidak Ya
Hantar dokumen kepada banker Tidak Ya
Paparan pasukan untuk pengurus Tidak Ya

Lihat sendiri

Halaman yang pembeli anda akan lihat.

Kedua-duanya dibuka melalui pautan. Pembeli tidak perlu akaun atau app.

Showroom digital anda

Satu pautan dan satu kod QR. Pembeli lihat kereta, harga dan brosur, kemudian WhatsApp anda terus.

Order Tracker pembeli

Selepas tempahan, pembeli ikut status pesanan dan muat naik dokumen tanpa perlu bertanya kepada anda.

Keselamatan & PDPA

Dokumen pelanggan anda, dijaga dengan betul.

Di WhatsApp, IC dan slip gaji pelanggan kekal dalam telefon anda. Dalam CLOSA, ia disimpan dengan selamat dan dipadam bila tidak lagi diperlukan.

Disulitkan

Dokumen pelanggan disulitkan, dan setiap kali ia dibuka, akses itu direkodkan.

Dipadam automatik

Dokumen dipadam 180 hari selepas deal selesai atau dibatalkan.

Dengan izin pembeli

Pembeli memberi persetujuan sebelum memuat naik apa-apa dokumen.

WhatsApp anda sendiri

Mesej dihantar dari nombor anda. CLOSA tidak menghantar bagi pihak anda.

Apa yang CLOSA tidak janjikan

  • Jaminan kelulusan loan
  • Keputusan automatik bank atau JPJ
  • Mesej yang dihantar tanpa anda tahu

Untuk pengurus cawangan & agensi

Seluruh pasukan, satu pipeline.

Lihat setiap deal pasukan anda, bertindak pada mana-mana lead, dan simpan buku pelanggan walaupun SA berhenti.

  • Pipeline seluruh pasukan secara langsung
  • Ambil alih dan edit mana-mana lead
  • Import buku lead secara pukal
  • Jejak audit untuk setiap tindakan

Founding SA

Jadi antara SA pertama yang guna CLOSA.

Kami membuka CLOSA kepada sekumpulan kecil SA Proton dan Perodua di Lembah Klang dahulu.

  • Akses awal sebelum pelancaran umum
  • Suara anda membentuk produk
  • Ganjaran Founding SA (akan diumumkan)

Sertai senarai

Jenama

Soalan lazim

Jenama apa yang disokong?

Versi pertama untuk kereta Proton dan Perodua di Kuala Lumpur dan Selangor.

Adakah pembeli perlu buat akaun?

Tidak. Pembeli guna pautan mudah untuk membuka Showroom digital anda dan Order Tracker mereka.

Boleh guna harga dealer saya?

Ya. Anda boleh tambah senarai harga dan rebat dealer anda.

Bila saya boleh mula guna?

Kami membuka CLOSA kepada Founding SA dahulu. Sertai senarai dan kami akan hubungi anda melalui WhatsApp.

Adakah dokumen pelanggan selamat?

Ya. Dokumen disulitkan dan dikawal akses. Setiap akses direkodkan, dan dokumen dipadam automatik 180 hari selepas deal selesai atau dibatalkan.

Pelanggan seterusnya sudah ada dalam WhatsApp anda. Jangan biar dia hilang.

Sertai senarai Founding SA